1.5 Juta Rakyat Indonesia Dengar Lagu Aduh-Aduh Sayang


1.5 Juta Rakyat Indonesia Dengar Lagu Aduh-Aduh Sayang|Lagu Aduh-Aduh Sayang dendangan Lawa Nie Geng bersama Deassy Natalia telah didengari hampir 1.5 juta rakyat Indonesia iaitu kira-kira 5% kepadatan penduduk negara republik itu.

Walaupun angka itu nampak kecil, bagi Lawa Nie Geng ia merupakan satu pencapaian terbesar buat karier Rap di sana.
“Syukur Alhamdulilah, lagu ini telah diterima baik oleh pendengar di Indonesia, malah di negara kita ia menjadi hits carta di stesen-stesen radio tempatan.
“Walaupun kami faham nama grup kami agak tidak dikenali tetapi lagu yang dikeudarakan itu menjadi terkenal, ia cukup bermakna buat diri kami.
“Tiada istilah berasa kecil hati atau kecewa tidak dikenali, yang paling penting karya kami diterima dan disukai oleh semua pihak,” kata Lawa Nie Geng kepada portal Murai.com.my.
Lawa Nie Geng ditemui media di Majlis Pelancaran Album Sulung Lawa di ibu negara turut ditanya apakah perbezaan Lawa Nie Geng dengan grup rap yang lain.
Dengan selamba mereka menjelaskan, Lawa Nie Geng terima apa jua tawaran untuk menghasilkan lagu rap tanpa memilih bulu.
Seperti lagu produk kecantikan NV yang menjadi penaja utama Akademi Fantasia 2015, pada mulanya nampak macam kelakar, tapi lama-lama lagu tema tersebut menjadi Catchy dan diterima ramai.
“Kami main tibai sahaja lagu-lagu apa yang untuk dijadikan irama Rap. Janji lagu itu sedap didengar dan tidak mengelirukan.
“Apa-apa pun, kami akan pastikan irama Rap yang dibawa oleh Lawa Nie Geng terus relevan diperingkat umur dan lapisan masyarakat.
Menyentuh mengenai album Lawa, ia terkandung 16 buah lagu terdiri daripada lagu popular Lawa Nie Geng. Lagu-lagu lain yang bakal hits ialah Kita Punya, Siapa Aku, LAWA dan Tidak Adil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top