HOME »
Artis Luar Negara
»
Senarai Sepuluh Bintang Antarbangsa Tak Guna Media Sosial!
Senarai Sepuluh Bintang Antarbangsa Tak Guna Media Sosial!
Posted by Gampang on Saturday, January 02, 2016 |
Artis Luar Negara
Senarai Sepuluh Bintang Antarbangsa Tak Guna Media Sosial!|Penggunaan media sosial amat penting bagi orang ramai. Tetapi berbeza pula bagi selebriti antarabangsa, ada di antara mereka tidak menghiraukan langsung mengenai Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Mungkin dianggap kolot dan tidak berdaya maju, tetapi mereka ini mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka mengambil keputusan sedemikian.
Ini Adalah senaraikan 10 selebriti antarabangsa yang tidak mempunyai platform media sosial untuk berinteraksi dengan jutaan peminat mereka.
George Clooney
Dalam satu temu bual bersama Variety, pelakon berusia 54 tahun itu berkata: “Bayangkan anda ambil pil tidur kemudian bangun tidur dengan ayat-ayat yang tidak masuk akal. Sangat tak sesuai. Saya mungkin ucap sesuatu yang bodoh dan saya juga tak mahu terlalu terdedah.”
Persoalannya, apa yang Clooney benar-benar risau akan terlepas daripada mulutnya?
Kristen Stewart
Aktres francais popular Twilight ini sudah beberapa kali meluahkan rasa tidak puas hati terhadap media sosial.
Stewart terkenal sebagai selebriti yang tidak gemar menerima perhatian umum dan dalam satu temu bual bersama Flaunt, beliau mengesahkan kebenciannya terhadap media sosial.
“Twitter merosakkan hidup saya setiap hari. Ada orang akan cakap ‘saya sedang duduk di sebelah Kristen Stewart sekarang’ kemudian paparazzi pun sampai.
"Saya sangat marah. Kamu seolah-olah tak peduli mengganggu hidup orang lain. Dan ini berleluasa.
"Semua orang boleh buat sekarang. Beli kamera dan jadi paparazzi. Buat akaun Twitter dan kamu jadi wartawan,” ujar Stewart.
Scarlett Johansson
Pelakon yang baru menimang cahaya mata ini berkata beliau tidak mahu berkongsi butiran tentang kehidupan seharian bersama peminat.
Jika pelakon The Avengers ini fikir Twitter dicipta untuk tujuan tersebut, elok juga dia tidak mempunyai akaun media sosial. Jika tidak, suapan media sosial kita akan dibanjiri kemas kini milik Johansson
Jennifer Lawrence
Selepas foto peribadi beliau digodam dan disebar, sesiapa pun mampu memahami keputusan J-Law untuk tidak memiliki akaun Twitter mahupun Instagram.
Pemenang Academy Awards ini secara umumnya berhati-hati dengan Internet.
“Saya tidak akan faham Twitter. Saya tidak mahir dengan telefon dan teknologi. Emel pun saya tak mampu kejar, kalau Twitter saya lagi tak mampu fikir.
"Kalau kamu ada nampak akaun Facebook, Instagram, atau Twitter saya, itu bukan saya punya,” jelas Lawrence kepada Nick Grimshaw, hos Radio 1 BBC.
Julia Roberts
Aktres jelita berusia 47 tahun ini tidak menggunakan Twitter kerana tidak ada ‘hubungan manusiawi’ yang terlibat.
Dalam temu bual media untuk promosi filem August: Osage County, beliau memberitahu, “Saya rasa unsur bersemuka tidak ada dalam Twitter.”
Bradley Cooper
Pelakon kacak ini menganggap Twitter akan mempengaruhi cara peminat memandang beliau.
Dalam temu ramah bersama majalah OK! beliau memberitahu, “Ini (Twitter) satu cara yang baik untuk mempromosi idea dan projek. Saya suka cara lama.
"Kalau saya terlalu kenal kamu dan kamu berlakon satu watak, saya pasti susah untuk melupakan siapa kamu yang saya kenal dan yakin dengan watak kamu.”
Brangelina
Melakonkan sendiri aksi lasak, mengarah filem, mengambil anak angkat dari seluruh dunia — semua ini buat kita terfikir apakah yang tidak mampu dilakukan oleh pasangan sensasi ini?
Rupa-rupanya mereka berdua tidak terlibat dengan media sosial kerana cabaran teknologi.
Rachel McAdams
Ratu komedi-romantik The Notebook dan The Time Traveler’s Wife ini mengakui beliau tidak tahu apa-apa tentang Twitter malah beliau juga tidak mempunyai televisyen.
Beliau, walau bagaimanapun, baru-baru ini telah mewujudkan akaun Instagram. Mungkin bagi McAdams, berkongsi foto lebih mudah berbanding kata-kata.
Mila Kunis
Perwatakan ceria dan petah aktres ini pasti membuat para peminat terfikir bahawa beliau mempunyai sesuatu untuk dikongsi di Twitter namun Kunis juga telah menyertai ‘fahaman’ anti media sosial.
Pelakon yang fasih berbahasa Russia ini tidak mahu berkongsi aktiviti harian beliau di khalayak ramai, pendapat yang senada dengan Johansson.
Kiera Knightley
Pada tahun 2009, aktres filem The Imitation Game ini pernah menyatakan, “Saya tidak suka Internet. Saya rasa hilang sifat manusia apabila selalu sangat menyemak e-mel atau laman media sosial.”
Sehingga kini, pandangan beliau masih belum berubah.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: