HOME »
ArtisTanah Air
»
MODEL Terkenal Zahnita Wilson Terkejut Dan Kecewa Apabila Mengetahui Anak Ada Dua Pasport
MODEL Terkenal Zahnita Wilson Terkejut Dan Kecewa Apabila Mengetahui Anak Ada Dua Pasport
Posted by Gampang on Friday, January 08, 2016 |
ArtisTanah Air
MODEL Terkenal Zahnita Wilson Terkejut Dan Kecewa Apabila Mengetahui Anak Ada Dua Pasport|MODEL terkenal Zahnita Wilson terkejut dan kecewa apabila mengetahui Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan pasport antarabangsa baharu untuk anaknya Zahrafeena Abd Zackery dan Zasharayna sedangkan pasport asal anak perempuannya itu masih dalam tempoh sah dan dalam jagaannya.
Zahnita, 30, mendakwa pasport antarabangsa baharu untuk kedua-dua anaknya berusia sembilan dan tiga tahun itu dikeluarkan tanpa sebarang siasatan yang sempurna dan tanpa dokumen sokongan atau pasport asal yang sepatutnya menjadi pra-syarat untuk permohonan baharu atau permohonan pembaharuan.
“Saya mengetahui perkara tersebut apabila suami, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor membawa anak pergi bercuti ke Phuket, Thailand selama lapan hari bermula 2 Disember lalu,” katanya.
Zahnita dan Abd Zackery Ghouse kini dalam proses perceraian.
Zahnita Dorothy Hussein Wilson atau lebih dikenali Zahnita Wilson berkata, dia tidak mahu menuduh atau menyalahkan sesiapa berhubung insiden tersebut.
“Saya ada bertanya kepada suami bagaimana dia mendapatkan pasport baharu tersebut dari Jabatan Imigresen, tetapi saya tidak berhasrat mendedahkannya.
“Saya mahu pihak bertanggungjawab memastikan garis panduan dan peraturan permohonan pasport dipatuhi agar kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.
Zahnita juga membuat beberapa laporan polis sejak 8 November 2015 sehingga 4 Januari lalu dan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Sementara itu, Aktivis PPIM, Dr Mazlina Abu Bakar berkata, pihaknya meminta Jabatan Imigresen menyiasat.
“Kita menggesa pihak berwajib beri penjelasan dan mengambil tindakan tegas serta memperketat prosedur,” katanya.
Mazlina berkata, masalah besar boleh timbul apabila garis paduan permohonan pasport baru tidak dipatuhi.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: