“Dia Tak Dirogol Dan Dibunuh. Tolonglah Jangan Tokok Tambah Cerita,”


“Dia Tak Dirogol Dan Dibunuh. Tolonglah Jangan Tokok Tambah Cerita,” |Demikian luah seorang abang, Ibrahim Mohamed Ngadon, 26, selepas adik kandungnya, Siti Sarah, 15, dilaporkan hilang pagi Selasa lalu. Bagaimanapun, kehilangan Siti Sarah itu tidak lama apabila gadis itu ditemui dalam keadaan selamat selepas pulang ke rumahnya di Batu 38, 
Sabak Bernam di sini, kira-kira jam 11 tengah malam hari yang sama. 

Menurut Ibrahim, terdapat pelbagai andaian tentang kehilangan adiknya itu hingga ada yang menganggap Siti Sarah mati dibunuh dan dirogol hingga menjadi viral di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat. 

“Dia dah balik ke rumah. Hentikanlah fitnah ini. Kami syukur dia pulang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kejadian tak diingini berlaku,” ujarnya. 

Ibrahim berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang kehilangan Siti Sarah selepas berita mengenai kehilangan adik bongsu daripada tujuh beradiknya itu disebarkan di media sosial. 

“Pengaruh media sosial sebenarnya bawa dia kembali ke pangkuan keluarga. Saya amat hargai usaha mereka yang turut sama bantu dalam hal ini,” katanya. 

Katanya, kehilangan Siti Sarah menyebabkan ibunya yang menghidap tekanan darah tinggi pengsan dan terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan susulan. 

“Seharian mak menangis mengenangkannya. Alhamdulillah mak dah pulang ke rumah jam 7 pagi semalam (kelmarin),” katanya. 

Dia berkata, adiknya itu disedari hilang kira-kira jam 5 pagi selepas ibunya itu bangun untuk menunaikan solat subuh dan membuat persiapan buka gerai makan di kampung berkenaan. 

“Mak saya terkejut apabila Siti Sarah tiada di biliknya. Puas kami cari tapi dia tak ada dalam rumah. Bapa kata masa dia nak masuk tidur jam 1 pagi, Siti Sarah ada dalam bilik,” katanya. 

Ibrahim memberitahu, mereka sekeluarga yang risau tentang kehilangan Siti Sarah mempergiat usaha mengesan gadis itu sebelum adiknya pulang ke rumah dengan mendakwa mengikut rakannya. 

“Dia tak pergi jauh sebab ikut rakan sekitar kampung ini. Dia pulang selepas mengetahui kami mencarinya melalui media sosial,” ujarnya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top