HOME »
Viral
»
Tak Pasai-Pasai Kisah Zulkifli Bunuh Perompak Jadi Hot Dalam Sekelip Mata
Tak Pasai-Pasai Kisah Zulkifli Bunuh Perompak Jadi Hot Dalam Sekelip Mata
Posted by Gampang on Thursday, December 31, 2015 |
Viral
Tak Pasai-Pasai Kisah Zulkifli Bunuh Perompak Jadi Hot Dalam Sekelip Mata|SEJAK semalam media sosial dibanjiri kisah mengenai seorang lelaki dikenali sebagai
Zulkifli yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan gara-gara menikam seorang perompak sehingga mati di rumahnya, di Kerteh, Terengganu.
Kisah itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib bapa malang itu dan menuntut agar nasib beliau dibela.
Tidak kurang juga yang mempertikaikan penahanan itu susulan Zulkifli didakwa mempertahankan keselamatan keluarganya daripada perompak yang menceroboh ke rumahnya.
Melalui perkongsian di page Facebook, Selamatkan Zulkifli, lelaki berusia 50 tahun itu dikatakan hadir ke mahkamah pada Ahad lalu untuk sebutan kesnya selepas dibebaskan dengan ikat jamin namun ditahan semula apabila kesnya disebut bawah Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini Zulkifli dikatakan telah membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 ketika didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.
Menurut Facebook Selamatkan Zulkifli itu juga, mahkamah dijadualkan bersidang 24 Januari ini di Terengganu dan difahamkan dia kini sedang ditahan sementara di Penjara Marang.
Laman Facebook Selamatkan Zulkifli yang dicipta sejak pagi semalam itu telah mendapat leih 36,000 likes setakat jam 7 malam ini.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...


No comments: