Tomok Patah Bahu Kiri,Jatuh Semasa Main Bola Sepak


Tomok Patah Bahu Kiri,Jatuh Semasa Main Bola Sepak|MALANG menimpa pelakon dan penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail apabila disahkan patah bahu kiri akibat terjatuh ketika sedang bermain bola sepak, pada petang Jumaat.

“Setakat ini selepas pemeriksaan x-ray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah. Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi kemas kini laman Instagram, Tomok dilihat memuat naik sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.
“Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk… masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital.
“Lepas x-ray, doktor suruh saya buat pilihan sama ada buat operate atau tidak, entahlah tengah fikir lagi,” tulisnya.
Diharap, semoga Tomok cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top