SEKEPING Gambar Yang Memaparkan Seorang Pelancong Lelaki Memegang Kemaluan Dua Kanak-Kanak Lelaki Yang Dipercayai Dirakam Di Sebuah Pantai Yang Terletak Di Sabah Kini Tersebar di Laman Sosial


SEKEPING Gambar Yang Memaparkan Seorang Pelancong Lelaki Memegang Kemaluan Dua Kanak-Kanak Lelaki Yang Dipercayai Dirakam Di Sebuah Pantai Yang Terletak Di Sabah Kini Tersebar di Laman Sosial|Susulan itu, pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan dan berusaha untuk mengetahui maklumat tentang bila dan dimana ia dirakam.
Ketua Polis Semporna, Superitendan Peter Umbuas berkata, pihaknya telah maklum mengenai gambar tersebut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah kerana perbuatan tidak senonoh di tempat awam,” katanya.
Kanak-kanak dalam gambar itu dipercayai dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun.
Sementara itu, Ketua Biro Pelancongan Umno Semporna, Razak Tampi berkata, penduduk tempatan marah dengan perbuatan pelancong tersebut yang disifatkan biadap.
“Kami mengalu-alukan kedatangan mereka, tetapi pada masa sama mereka sepatutnya menghormati budaya dan agama di sini.
“Budak lelaki itu tahu apa-apa dan mereka telah dipergunakan,” kata Razak.
Difahamkan, gambar dua kanak-kanak bersama pelancong ini tersebar setelah gambar bogel sekumpulan lelaki dan wanita pelancong yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan, Semporna, Sabah menjadi viral di aplikasi WhatsApp.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top