HOME »
ArtisTanah Air
»
Malang Buat Pelakon Popular,Zul Ariffin, Apabila Doktor Pakar Mengesahkan Tisu Bahu Kirinya Koyak
Malang Buat Pelakon Popular,Zul Ariffin, Apabila Doktor Pakar Mengesahkan Tisu Bahu Kirinya Koyak
Posted by Gampang on Wednesday, October 28, 2015 |
ArtisTanah Air
Malang Buat Pelakon Popular, Zul Ariffin, Apabila Doktor Pakar Mengesahkan Tisu Bahu Kirinya Koyak|Sabtu lalu menjadi detik malang buat pelakon popular, Zul Ariffin, 29, apabila doktor pakar mengesahkan tisu bahu kirinya koyak.
Kecederaan itu berlaku ketika pelakon drama Rindu Awak 200% ini bersenam di pusat gimnasium pada malam sebelumnya.
“Saya yakin ia berpunca daripada senaman berlebihan. Sewaktu di gim lagi saya sudah merasai kesakitan itu, tapi buat tak tahu.
“Keesokan harinya, apabila bangun tidur saya tak boleh gerakkan tangan ke depan. Saya terus berjumpa pakar dan doktor mengesahkan tisu bahu saya terkoyak,” katanya.
Disebabkan itu, Zul dinasihatkan berehat selama lebih sebulan bagi memastikan kesan koyak itu kembali pulih.
“Kecederaan ini agak serius, sebab itu doktor menasihati saya supaya berehat dan tak boleh melakukan kerja berat.
“Ia tak perlukan pembedahan sebaliknya kecederaan sebegini akan pulih sendiri jika menjaga pemakanan dan rehat secukupnya,” katanya.
Bagaimanapun, pemenang Gandingan Serasi Di Layar Kategori Online di Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini berdegil dan masih meneruskan aktiviti lakonannya.
“Saya tak nak manjakan diri. Memandangkan saya bakal terbabit dengan sebuah filem aksi, jadual latihan sudah diberi. Mahu atau tidak saya kena langgar arahan doktor.
“Bermula sekarang sehingga hujung bulan depan, saya perlu fokus dengan latihan terbabit. Ini kerana, penggambaran akan bermula awal Disember nanti,” katanya.
Menurut Zul, dia tidak boleh menarik diri daripada projek berkenaan kerana sudah dipersetujui terlebih dahulu.
Katanya lagi, filem terbabit menuntutnya melakukan sendiri 80 peratus babak aksi.
“Sakit macam mana pun, saya perlu lawan. Kalau nak angkat barang pun kena menggunakan tangan kanan.
“Saya perlu teruskan latihan bagi mendapatkan bentuk tubuh seperti yang dikehendaki pengarah dan skrip,” katanya.
Zul bagaimanapun mengakui kecederaan yang dialami sedikit sebanyak mengganggu rutin hariannya.
“Keluarga dan orang sekeliling sangat risau malah menyuruh saya berehat, tetapi jawapan saya tetap sama iaitu tak boleh.
“Kalau ikut nasihat mereka, terganggu pula segala perancangan yang sudah dibuat,” katanya.
Selain persediaan menjalani latihan, Zul juga masih sibuk di lokasi penggambaran drama Uda & Dara yang dijangka berakhir pada 15 November ini.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: