HOME »
ArtisTanah Air
»
Konsert META GP VILLAGE 2015 Yang Berlangsung Selama Dua Hari Berturut-Turut Bermula Esok
Konsert META GP VILLAGE 2015 Yang Berlangsung Selama Dua Hari Berturut-Turut Bermula Esok
Posted by Gampang on Friday, October 23, 2015 |
ArtisTanah Air
Konsert META GP VILLAGE 2015 Yang Berlangsung Selama Dua Hari Berturut-Turut Bermula Esok|Kejuaraan MotoGP 2015 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dimeriahkan dengan penganjuran konsert META GP VILLAGE 2015 yang berlangsung selama dua hari berturut-turut bermula esok.
Mengetengahkan pendekatan lebih mesra pengunjung khususnya golongan Gen-Y, konsert ini dijayakan ramai artis terkenal tanah air seperti Datuk Ramli Sarip, Faizal Tahir, Azlan & Typewriter, One Nation Emcees dan Akim & Majistret.
Tidak ketinggalan, DJ Ash dan DJ Nas T turut akan menghangatkan lagi pentas persembahan.
Konsert kelolaan RCD Concepts Sdn Bhd ini peluang terbaik memperkenalkan seni budaya tempatan kepada pelancong asing dengan adanya segmen khas Ayuh! Joget Lambak menampilkan penari Coat And Tie Production.
Menerusi konsert yang bermula jam 4 petang esok, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan House Band, Andy & Co serta DJ Ash.
DJ Nas T akan memeriahkan lagi suasana dengan persembahan berbisanya disusuli Azlan & Typewriter yang menyampaikan lagu Tanda Tanya, My Way, Jeritan Batinku, Rock & Roll (Led Zeplin) dan Melankoli.
Pengunjung kemudian akan terbuai dengan persembahan segmen Ayuh! Joget Lambak yang menggabungkan keunikan tarian dan nyanyian.
Kumpulan hip hop One Nation Emcees akan mengambil tempat dengan aksi penuh bertenaga menerusi lagu Raja Gelek, Anak Kampung, Kuda Hitam dan Work It.
Menyusul pula sekitar jam 11 malam, Faizal Tahir diikuti Datuk Ramli Sarip yang menampilkan barisan kugiran asal Sweet Charity serta penampilan khas, gitaris legenda Man Kidal.
Otai rock ini akan menghiburkan pengunjung dengan seleksi lagu seperti Teratai, Sejuta Wajah, Keliru, Jikalau Berkasih, Budaya dan Kamelia.
Konsert pada Ahad ini tidak kurang hebat apabila Akim & Majistret membuka tirai persembahan seawal jam 11 pagi dengan mengalunkan lagu Mewangi, Potret, Obses dan Sisaku.
Pada jam 2.30 petang, seniman serba boleh Datuk M Nasir akan mengikat penonton dengan deretan lagu popularnya, Rajawali, Hati Emas, Mentera Semerah Padi dan Raikan Cinta.
Turut sama menjayakan konsert yang diacarakan oleh Sazzy Falak itu adalah Backyard Buskers, 335 Free Spirit Blues dan Brass Band.
Selain konsert, penganjur turut menawarkan aktiviti perkhemahan dengan kadar sewaan rendah untuk tiga hari dua malam bermula 23 hingga 25 Oktober. Lokasi yang dinamakan ‘Camp Tent’ berdekatan dengan tapak konsert itu boleh memuatkan 150 khemah untuk tiga dan lima orang.
Maklumat lanjut, sila e-mel ke rcdstation@gmail.com.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...


No comments: