Gempar Pramugari Dibuli Masuk Ke Tempat Simpanan Bagasi


Gempar Pramugari Dibuli Masuk Ke Tempat Simpanan Bagasi|Syarikat penerbangan Kunming Airlines berjanji menyiasat dan mengambil tindakan selepas beberapa pramugari dibuli dengan dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi.

Tindakan itu diambil selepas beberapa gambar pramugari syarikat itu berbaring di dalam tempat simpanan bagasi tersebar di media sosial sehingga dikecam orang ramai.

Sekeping gambar menunjukkan seorang pramugari menutup mukanya ketika berbaring di tempat simpanan bagasi.

Difahamkan, itu adalah tradisi yang mesti dilalui oleh kru kabin yang baru bekerja di syarikat berkenaan.
Akhbar The South China Morning Post melaporkan, gambar itu tersebar secara meluas sejak hujung minggu lalu.

Kata akhbar itu, kru kabin dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi itu selepas menghabiskan 30 dan 50 jam penerbangan.

Bagaimanapun, Kunming Airlines dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu tidak mengetahui 
mengenai tradisi berkenaan dan tiada aduan yang pernah dibuat oleh kru kabin.

“Kami tidak pernah berkompromi mengenai isu keselamatan penerbangan dan kejadian buli ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kami akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” kata syarikat itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top