HOME »
»
Dua anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) PARA Kem Sri Pantai, Terengganu cedera dipatuk ular dan disengat tebuan ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)
Dua anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) PARA Kem Sri Pantai, Terengganu cedera dipatuk ular dan disengat tebuan ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)
Posted by Gampang on Thursday, October 22, 2015 |
Dua anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) PARA Kem Sri Pantai, Terengganu cedera dipatuk ular dan disengat tebuan ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)|Kedua-duanya bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).
Ketua Kompeni Charlie 18 Rejimen itu, Mejar Rusydi Noh Ramli berkata, anggotanya tidak mengalami kecederaan yang serius akibat insiden itu dan masih boleh meneruskan tugas selepas beberapa hari menerima rawatan.
“Minggu lalu, Lans Koperal Mohd Sayuti Mukhtar dipatuk ular tikus ketika di pusat operasi SAR di Pos Tohoi dan diberi rawatan awal sebelum dirujuk ke HGM.
“Dua hari dirawat di HGM dan dilaporkan stabil. Manakala, semalam (kelmarin) Koperal Mohamad Rahmat Mahmood pula disengat tebuan tanah sebanyak tiga ekor yang mengenai di kepala (dua) dan tangan.
“Dia ketika itu dalam perjalanan ke lokasi menunggu kenderaan untuk penarikan keluar berhampiran Sungai Jenera, namun sempat diberi rawatan awal dan kini dirawat di HGM,” katanya di sini, semalam.
Rusydi berkata, insiden itu dianggap biasa dan tidak sekali-kali mematahkan semangat anak buahnya untuk terus meneruskan operasi hingga seorang lagi mangsa ditemui.
Katanya, mereka masih menunggu arahan selanjutnya berhubung operasi itu dan akan terus mengekalkan kekuatan yang ada.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...


No comments: