HOME »
Berita Semasa
»
Bajet 2016:RM5.3 Bilion Rancakkan Industri Pertanian
Bajet 2016:RM5.3 Bilion Rancakkan Industri Pertanian
Posted by Gampang on Friday, October 23, 2015 |
Berita Semasa
Bajet 2016:RM5.3 Bilion Rancakkan Industri Pertanian| Dalam usaha meningkatkan sumber bekalan makanan negara, kerajaan memperuntukkan RM5.3 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menggerakkan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha berkenaan akan dikelola menerusi empat program utama meliputi penanaman, menaik taraf infrastruktur, pembukaan pasar tani baharu dan program agroprenur muda.
"RM450 juta diperuntukkan untuk program berimpak tinggi seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, menyedia geran pemadanan, penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, hari ini.
Sejumlah RM180 juta pula diperuntukkan untuk menaik taraf infrastuktur saliran di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di seluruh negara.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk pertanian, menerima peruntukan RM190 juta bagi menjayakan Program Penurunan Harga dengan menambah 50 lagi pasar tani dan mewujudkan 150
Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) yang baharu.
"40 peratus daripada jualan di ABR1M adalah barang-barang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya akan dijual dengan harga yang dianggarkan lima hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran," kata Najib.
Beliau berkata, untuk menggalak penglibatan golongan muda dalam industri itu, RM90 juta diperuntukkan untuk meneruskan pelaksanaan Program Pembangunan Agroprenur Muda.
Dua bentuk bantuan yang akan diberi adalah pemberian geran 'in-kind' dan penyediaan Dana Pembiayaan Usahawan.
Selari di bawah usaha ini, beberapa institut dan jabatan kerajaan berkaitan pertanian akan turut melalui proses penjenamaan semula.
Antara yang bakal terlibat adalah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan.
Turut menerima manfaat adalah Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: