Bajet 2016:Projek Sambungan LRT Mula Operasi 2016


Bajet 2016:Projek Sambungan LRT Mula Operasi 2016|Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer (km) akan mula beroperasi pada Mac 2016.

Sementara, projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights dengan jarak 17.4km pula, akan mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2016.

Beliau berkata, kedua-dua projek sambungan berkenaan menelan belanja RM10 bilion.

"Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan.

"Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, hari ini.   

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan projek Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh sehingga Semantan akan mula beroperasi pada Disember 2016.

Sementara, Fasa Dua projek itu yang meliputi jajaran Semantan ke Kajang pula dijangka siap pada pertengahan 2017.

"Projek ini (MRT Sungai Buloh-Semantan-Kajang) dengan jarak 51km sedang dilaksanakan dengan kos RM32 bilion," katanya.

Selain itu, Najib turut menjelaskan bahawa kerajaan telah memulakan pelbagai inisiatif dalam memperkasa rangkaian perhubungan awam.

Antaranya projek MRT II dari Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dengan jarak 52km, akan memanfaatkan dua juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan RM28 bilion.   

Kerja pembinaan projek itu direncana bermula pada suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022.

Selain itu, Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara ke Johan Setia, Klang dengan jarak 36km, dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

"Projek itu yang akan memanfaatkan dua juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan RM10 bilion akan bermula pada 2016," kata Najib.

Bagi perkhidmatan awam bas, Perdana Menteri mengumumkan projek Bas Rapid Transit atau BRT KL-Klang pada kos melebihi RM1.5 bilion dan BRT Kota Kinabalu dengan kos hampir RM1 bilion, akan dilaksanakan.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan rundingan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi dengan  Singapura.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top