Shahrizal Jaszle Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Kes Khalwat


Shahrizal Jaszle Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Kes Khalwat|MAHKAMAH Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas tuduhan melakukan khalwat dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei 2013.
Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah selepas mendapati wujudnya elemen kes yang boleh disabitkan kesalahan terhadap tertuduh.
Oleh itu, Shahrizal diarah untuk membela diri sama ada secara memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.
Pada masa sama, mahkamah turut menolak hujah pihak peguam bela bahawa terdapat elemen tangkapan terhadap pelakon itu dirancang atau diperangkap.
Sehubungan dengan itu, kes berkenaan akan disambung pada 8 Disember depan.
Terdahulu, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati ditangkap khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, Petaling Jaya kira-kira pukul 3.30 pagi selepas menerima aduan orang ramai.
Ketika sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top