Nelly Ditahan Atas Dakwaan Miliki Dadah


Nelly Ditahan Atas Dakwaan Miliki Dadah|PENYANYI Nelly ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memiliki dadah dan senjata api di Tennessee, baru-baru ini.

PIhak polis menemui dadah jenis meth dan marijuana dalam bas persendirian yang dinaiki oleh penyanyi itu bersama-sama rakannya, Brian Jones.

Sebaik ditahan, kedua-dua suspek dibawa ke Penjara Putnam County namun dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak USD$10,000 (RM36,940).

Ini bukan merupakan kali pertama penyanyi yang terkenal dengan lagu Hot In Here ini ditahan pihak berkuasa atas tuduhan sama.

Sebelum ini pada 2012, bas yang dinaiki Nelly pernah ditahan kerana disyaki membawa bahan terlarang dan senjata api.

Namun, tiada sebarang dakwaan dikenakan terhadap Nelly pada ketika itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top