Lucu, Bila Perdana Menteri Mencuba How-Old.net



Lucu, Bila Perdana Menteri Mencuba How-Old.net|SEMALAM kami ada menyiarkan artikel mengenai pengguna laman web How-old.net yang mampu ‘meneka’ usia seseorang.

Nampaknya dalam beberapa hari saja, laman milik Microsoft itu dilihat telah menjadi kegilaan para pengguna internet di Malaysia.

Aplikasi web tersebut menjadi trend bukanlah kerana ia benar-benar jitu dalam penekaan umur tetapi kesalahan yang dilakukannya sentiasa mengusik para pengguna.

Sehinggakan Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Razak, memuat naik status telah mencuba permainan How-Old.net, banyak reaksi lucu datang dari netizen dapat dilihat.
2

Lebih melucukan apabila keputusan yang diperolehi Perdana Menteri adalah 46 tahun, jauh menyimpang dari usianya yang sebenar iaitu 61 tahun.

Hasil itu dikongsi oleh beliau di laman Twitternya dengan kapsyen, “Sy lihat ramai yg cuba teka umur. http://How-Old.net kata sy 46. Umur sebenar 61 #ILoveThisWebsite #HowOldRobot”.
Ramai yang mengganggap sikap sporting Najib adalah sesuatu yang patut dipuji.
2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top