Katie Holmes Cuba Jauhkan Suri Dari Berjumpa Tom Cruise


Katie Holmes Cuba Jauhkan Suri Dari Berjumpa Tom Cruise|Adakah berita yang baru tersebar ini menampakkan Katie Holmes, bekas isteri kepada hero terkenal, Tom Cruise cuba untuk memisahkan anak hasil perkongsian kedua selebriti popular ini tidak lama dahulu.

Suri, puteri kesayangan Tom dan Katie yang juga satu-satunya anak kepada pasangan ini didakwa sudah setahun tidak berjumpa dengan bapanya yang popular dengan filem Mission Impossible itu

Menurut laporan blog hiburan terkenal antarabangsa, TMZ, sumber dari pihak Katie mengatakan bahawa Tom sendiri tidak pernah diletakkan dalam posisi yang merupakan sebahaagian daripada hidup Suri Cruise yang kini berusia 8 tahun.

Walaupun sudah beberapa kali tuduhan ini dinafikan oleh kedua mereka, spekulasi terus berterbangan dan Tom dan Katie dikatakan terpaksa menjalankan sesi pertemuan secara tertutup serta tanpa pengetahuan umum.

Sejak beberapa ketika ini, hero tersebut kini sedang menyiapkan penggambaran franchais seterusnya filem Mission Impposible yang kini memasuki siri ke 8 dan sepatutnya dijadualkan bertemu dengan Suri. Tetapi Tom pula dilihat menghabiskan masa dengan anak angkatnya Connor menghabiskan masa di bar menonton perlawanan bolasepak.

Pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes berpisah pada 2012 iaitu beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran Tom yang ke 50 tahun. Laporan menyatakan bahawa mereka berdua tidak lagi sefahaman dan tidak bercakap langsung.

Kali terakhir pelakon Top Gun itu dirakamkan foto bersama anaknya adalah pada September 2013 ketika berbelanja bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top