BAGAIMANA UNTUK MENJALANKAN KAJIAN KEYWORD ANALYSIS


BAB 1 
            
DOMINASI GOOGLE DENGAN MUDAH

Hari ini saya akan menerangkan bagaimana untuk menjalankan kajian keyword untuk dijadikan target keyword dalam usaha SEO anda. 

Terdapat banyak tools yang boleh digunakan untuk menjalankan kajian keyword baik yang percuma mahupun berbayar. 

Dibawah ini saya senaraikan apakah tool-tool yang biasa digunakan untuk melakukan kajian keyword 
         

   • Google Keyword External Tool
   • Micro Niche Finder
   • Market Samurai
   • Traffic Travis
   • Keyword Ninja
          

Untuk memudahkan mereka yang baru ingin mempelajari mengenai SEO, jadi Google Keyword External Tool akan digunakan sebagai medium percuma yang terbaik dalam
 menjalankan kajian keyword. 

Gambar rajah dibawah memberikan sedikit pengenalan terhadap Google Keyword External Tool.

Didalam kajian keyword, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi untuk memastikan usaha anda untuk “rank” sesuatu keyword tersebut adalah berbaloi dan  juga memenuhi kehendak anda.
           
  1. Amaun Trafik        
  2. Tahap Persaingan
  3. Buying Keyword (Optional)
           
 Perkara yang perlu ditekankan pertama sekali adalah trafik yang ada untuk keyword tersebut, kemudian beralih pula kepada tahap persaingan, dan akhir sekali, penentuan adakah ianya buying keyword atau tidak.

Umum, didalam kajian keyword, ramai pakar yang telah bersetuju bahawa memilih long-tail keyword merupakan jalan terbaik untuk mendapatkan trafik dan juga senang  untuk di”rank”. Disini timbul persoalan sama ada mementingkan kualiti trafik ataupun  kuantiti trafik. 
Jawapan saya adalah kualiti trafik kerana hanya dengan kualiti trafik sahaja mampu menukar trafik kepada wang.

Bahkan cuba anda jadikan diri anda sebagai pelawat. Contohnya anda ingin mencari info mengenai ayam. Ya, keyword tersebut memang mempunyai ramai pelawat, namun mempunyai nilai conversion yang rendah kerana carian itu berbentuk terlalu “umum.

Sekiranya anda ingin mencari info mengenai “ayam serama kacukan” walaupun trafik adalah rendah, namun nilai conversion adalah tinggi kerana pelawat yang datang adalah penggemar ayam serama kacukan yang sanggup berhabis duit demi hobi mereka. 
           
P/S Tunggu yang lain Pulak ya
             

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top