HOME »
Artis Luar Negara
»
Akibat Baling Telur, Justin Bieber Bakal Disaman RM3.7 juta
Akibat Baling Telur, Justin Bieber Bakal Disaman RM3.7 juta
Posted by Gampang on Monday, September 07, 2015 |
Artis Luar Negara
Akibat Baling Telur, Justin Bieber Bakal Disaman RM3.7 juta| Nampaknya kehidupan bintang remaja antarabangsa ini semakin bermasalah apabila dia kini bakal berhadapan saman USD1 juta (RM3.7 juta) dari jirannya sendiri.
Semuanya gara-gara tindakan Justin Bieber membaling telur dan meludah jirannya itu sewaktu terbabit dalam satu pergaduhan tahun lalu.
Seperti yang dilaporkan dalam Main Online, jiran Bieber iaitu Jeff Schwartz mendakwa, insiden pergaduhan di kawasan perumahan mewah di Calabasas, California itu telah menjejaskan reputasinya, menyebabkan dia meminta ganti rugi.
Akibat kejadian itu, Bieber, 21, telah diminta membayar sebanyak AS$80,000 (RM296,800) sebagai kos ganti rugi dan terpaksa melalui tempoh pengawasan selama dua tahun.
Bagaimanapun, Schwartz masih belum berpuas hati dengan keputusan itu dan kali ini dia mengancam untuk menyaman penyanyi tersebut dengan nilai yang lebih tinggi.
Schwartz mendakwa, bayaran pampasan tersebut adalah ganti rugi kepada tekanan emosi yang dialaminya selepas pergaduhan dengan Bieber itu tercetus Januari tahun lalu.
Pergaduhan itu tercetus susulan tindakan Schwartz menegur Bieber kerana berlumba di kawasan perumahan berkenaan dengan kereta Ferrarinya yang disifatkan boleh membahayakan nyawa penduduk.
Schwartz dalam pada itu mendakwa, dia turut diludah oleh penyanyi tersebut, malah Bieber juga dilapor mengeluarkan kata-kata lucah kepada isteri dan anak perempuannya.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...


No comments: