Syarul Ridzwan Tidak Beminat Adegan Berpelukan & Sentuhan


Syarul Ridzwan Tidak Beminat Adegan Berpelukan & Sentuhan-Pelakon muda yang semakin diminati ramai Syarul Ridzwan 26, akui sedang cuba hindari watak berpelukan dan bersentuhan bersama pelakon wanita secara berlebihan, tidak kiralah dalam mana-mana drama mahupun filem.

Bagi dirinya, keinginan untuk mengelak dalam babak-babak ‘daring’ sudah lama difikirkan, cuma memerlukan masa dan waktu agar ia tidak dilakukan secara mengejut.
“Memang dah lama saya fikirkan hal ini, tapi saya akan berubah sedikit demi sedikit supaya ia tidak menggangu proses kerjaya saya sebagai pelakon.
"Tentang perubahan ini, tiada mana-mana pihak yang cuba mempengaruhi diri saya. Memang saya sendiri yang ingin membuat keputusan tersebut. Saya harap peminat-peminat saya faham dan tak perlulah saya ulas dengan panjang lebar.
Syarul yang  ditemui media di lokasi penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa di ibu negara baru-baru ini turut memberitahu proses perubahan yang berlaku pada dirinya itu juga  tiada kena mengena dengan kepulangannya dari tanah suci Mekah sewaktu menunaikan Umrah sebelum Ramadan baru-baru ini.
"Kepulangan saya dari Umrah bukanlah faktor dan penyebab utama saya untuk berubah.  Sebaliknya,  keinginan itu sudah lama timbul cuma ia mengambil masa sedikit untuk dilaksanakan.
"Saya percaya pihak produksi filem mahupun drama akan dapat memahami hasrat dan keinginan saya ini. Lagipun, mereka mempunyai tenaga kerja yang bijak dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu karya bagi mengelak berlakunya babak-babak bersentuhan.
 “Lembaga Penapisan Filem (LPF) pun  sudah keluarkan pekeliling mengenai isu ini, jadi saya rasa ini bukan satu masalah besar untuk dilaksanakan.
"Kalau selepas ini ada orang kata saya sudah mula ‘demand’ atau mengada-ngada itu pendapat mereka, saya tak boleh nak halang,” katanya dengan panjang lebar.
Menyentuh mengenai filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang terbitan Astro Shaw, ini merupakan kali pertama pengalamannya berlakon dalam dunia Filem.
“Sebelum ini saya banyak berlakon drama atau telefilem, untuk  filem ini adalah kali yang pertama. Banyak perkara yang saya perlu belajar dari sudut masa, kerjasama dengan pelakon serta bagaimana untuk berinteraksi dengan kamera.
“In Sha Allah, saya akan lakukan yang terbaik, ini merupakan platform terbaik saya untuk kembangkan bakat dalam bidang perfileman untuk di masa akan datang,” katanya mengakhiri bicara.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top