Isteri Rahim Raja Lawak? Buat Laporan Polis Selepas Dipukul


Isteri Rahim Raja Lawak? Buat Laporan Polis Selepas Dipukul-TIDAK pasti sama ada benar atau sebaliknya, kecoh jadinya apabila ada khabar angin mendakwa pelawak terkenal, Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu telah memukul isterinya dengan teruk.

Khabar angin ini muncul, apabila Harian Metro menerima laporan polis yang dibuat sendiri oleh isteri pelawak terkenal itu di Balai Polis Sri Muda di Shah Alam, Selangor.

Berdasarkan laporan polis itu, si pengadu ini memberitahu dirinya dipukul di muka, kepala dan bahu selain turut ditendang belakang badan dan punggungnya.
Difahamkan, si pengadu dipukul gara-gara suaminya berasa tidak berpuas hati apabila isterinya itu pernah keluar dari rumah tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, isteri Rahim dikatakan enggan mengulas lanjut perihal insiden tersebut namun mengakui ada membuat laporan polis kebetulan di balai yang sama.
Sementara itu, Rahim pula menafikan khabar angin tersebut sebaliknya menjelaskan memang berlaku pertengkaran bersama isterinya namun tidak sampai tahap memukul.
“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).
“Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top