Kereta Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Pula Jadi Viral


Kereta Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Pula Jadi Viral|Selepas kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi viral setelah meletakkan kenderaan bersebelahan pili bomba, kini kereta isterinya, Betty Chew pula menjadi sasaran.
Pengendali laman sosial, Kelakuan Buruk Penduduk Pulau Pinang (Penang Bad Habits), Eric Woo mendedahkan beberapa gambar kereta milik Betty diletakkan di tempat teksi.
Daripada gambar yang tersebar luas, kebanyakan orang ramai tidak berpuas hati apabilakereta milik kerajaan negeri boleh diletakkan di mana sahaja tanpa mengikut undang-undang.
Kebanyakan orang ramai memberi komen tindakan berkenaan tidak adil sedangkan orang lain disaman sehingga ratusan ringgit.
Eric berkata, sepatutnya pemandu mahupun Betty lebih berhati-hati kerana tingkah lakunya dipandang umum.
Katanya, tidak dinafikan ada pemandu menunggu di dalam kereta, tapi beliau perlu ingat, meletakkan kereta di tempat teksi juga salah. 
“Lagipun isu kereta Guan Eng masih belum reda, sepatutnya mereka menjadi contoh kepada penduduk di negeri ini.
“Walaupun benda ini boleh dikatakan kecil, tetapi ketua menteri perlu tahu apa dilakukannya jadi perhatian, begitu juga ahli keluarga,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top