HOME »
ArtisTanah Air
»
Kali Ini Si Diva Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Jalan Raya Pulak
Kali Ini Si Diva Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Jalan Raya Pulak
Posted by Gampang on Saturday, July 25, 2015 |
ArtisTanah Air
Kali Ini Si Diva Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Jalan Raya Pulak|Entah apa yang bermain di fikiran insan yang terkenal dengan panggilan Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Hj Ali ketika tangannya menekan dan memuat naik status yang telah meninggalkan tanda yang nyata merosakkan namanya sendiri.
Dia yang kebelakangan ini berterusan menimbulkan pelbagai kontroversi walaupun baru sahaja beberapa hari pulang dari Tanah Suci Mekah didakwa tidak peka malah bersikap biadap di bulan Syawal yang mulia ini.
Kemaskini status di laman Twitternya semalam jelas dan secara terang-terangan menghina mangsa yang terlibat dalam kemalangan sempena perayaan Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam iaitu agama yang juga dianuti selebriti itu.
Sudah menjadi kelaziman musim perayaan dimana operasi serta pengawasan sekitar jalanraya utama dipantau dan laporan mengenai keadaan trafik akan disiarkan di berita utama di kaca televisyen.
Status Azwan yang juga seperti mengajak para pengikutnya untuk melihat siapa yang menjadi mangsa kemalangan ketika teruja ingin pulang beraya yang dipaparkan dalam Buletin Utama di TV3.
Walaupun di sebalik status ini terselit juga sedikit pesanan untuk pemandu di jalanraya agar lebih berhati-hati namun ia tidak mampu menutup ketidakpekaan Azwan dengan keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalanraya, lebih-lebih lagi di hari raya Aidilfitri.
Tak cukup dengan itu, dia juga melabelkan mereka sebagai 'ekor' yang merupakan penjodoh bilangan yang merujuk kepada haiwan. Apa juga niat Azwan bukanlah urusan kita tetapi setidak-tidaknya ada lagi perkara yang indah dan sedap untuk diungkapkan dan di kongsikan dengan peminat yang menyanjung selebriti seperti Azwan.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: