HOME »
ArtisTanah Air
»
Drama Dia Isteri Luar Biasa Dikecam Hebat Oleh peminat Gara Gara Aksi Terlampau Mesra
Drama Dia Isteri Luar Biasa Dikecam Hebat Oleh peminat Gara Gara Aksi Terlampau Mesra
Posted by Gampang on Monday, July 06, 2015 |
ArtisTanah Air
Drama Dia Isteri Luar Biasa Dikecam Hebat Oleh peminat Gara Gara Aksi Terlampau Mesra |BARU-baru ini, drama bersiri popular yang ditayangkan di slot Akasia, Dia Isteri Luar Biasa dicemuh ramai kerana menampilkan aksi-aksi terlampau mesra terutamanya antara tonggak cerita tersebut lakonan Syukri Yahaya dan Fathia Latiff.
Ada suara-suara mengkritik drama itu sebagai tidak bermoral dan menggalakkan maksiat kerana aksi-aksi romantik yang ditunjukkan melampau-lampau.
Sampai satu tahap, penerbitnya yang juga pemilik syarikat produksi Pena Creative Sdn Bhd, Ziela Jalil terpaksa memohon maaf kepada penonton kerana sajian babak-babak berkenaan.
Dalam satu kenyataan kepada BH Online, aktres drama itu, Fathia berkata, dia menghormati serta memahami sensitiviti penonton terhadap babak-babak sedemikian. Walau bagaimanapun, dia enggan melatah terhadap komen yang diluahkan pengguna laman maya serta bertindak memohon maaf di ruang Instagramnya bagi meredakan keadaan.
Bukan itu sahaja, akibat kecaman yang berterusan, pihak produksi terpaksa melakukan penggambaran semula beberapa babak bagi menggantikan babak lama yang berkemungkinan akan menerima nasib sama.
“Buat kali pertama saya berhadapan dengan situasi begini sehingga diarahkan untuk ‘reshoot’ semula beberapa adegan di dalam drama.
“Selain mempunyai komitmen untuk drama siri lain, saya terpaksa mencuri masa untuk berkejar ke lokasi DILB ini. Namun saya memahami situasi ini sepenuhnya dan menghormati sensitiviti penonton.
“Bagi saya penonton mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Namun saya memandang positif perkara ini kerana ada betulnya juga kata-kata mereka itu.”
Lantas itu, dia yang telahpun terikat dengan penggambaran drama lain terpaksa meminta pelepasan dari pihak produksi tersebut untuk menjalani penggambaran semula DILB.
Bagi melicinkan perjalanan penggambaran tersebut, ramai yang perlu memberikan kerjasama termasuk penulis novelnya.
Nampaknya, ini satu petanda bagus dalam industri seni di Malaysia yang mana peminat sudah semakin jelak dengan taktik penerbit mahupun pengarah drama yang tak habis-habis nak sajikan drama romatik yang tak masuk dek akal!
– Gampang Vs Gempak
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...



No comments: