HOME »
ArtisTanah Air
»
Akhirnya Diva Azwan Ali Tunduk Dan Megalah Dengan Ayahda Rani Kulup
Akhirnya Diva Azwan Ali Tunduk Dan Megalah Dengan Ayahda Rani Kulup
Posted by Gampang on Wednesday, July 01, 2015 |
ArtisTanah Air
Akhirnya Diva Azwan Ali Tunduk Dan Megalah Dengan Ayahda Rani Kulup|Diva yang tak berapa nak macam diva, Azwan Ali petang tadi memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan rentetan tweet darinya berhubung kes salah faham dalam isu steak dengan salah seorang peminatnya baru-baru ini.
Kenyataan maaf itu dibuat melalui salah satu akaun sosial miliknya selepas diberikan amaran oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.
“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.
“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” ujar Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka.Memetik laporan Sinar Harian, Rani Kulup berkata, tempoh seminggu itu juga diberikannya memandangkan kini bulan Ramadan. MJMM sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan mengenainya boleh diambil pihak berkuasa.
“Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis!
Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina,” tambahnya lagi.
Berikutan amaran berkenaan, Azwan Ali tampil memohon maaf.
Berikut kenyataan dari Azwan Ali.
Bagaimanapun, jika diamati, permohonan maaf Azwan Ali dibuat secara umum dan masih bersifat menyalahkan orang lain.
Kalau dah ego memang sukar.
Kontroversi terbaru melibatkan Azwan Ali bermula apabila dia memaki seorang gadis yang memperkenalkan sebuah restoran steak kepadanya.
Azwan yang menggelar dirinya Diva AA pada mulanya meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.
Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.
Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.
“… bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak …?,” tulis Azwan.
Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama ‘Menate’ dan bukan mengutuk.
“Maksud saya Steak House Menate,” jawabnya.
Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas ‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu menjadi viral di media sosial.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...



No comments: