Mak Cik Tudung 3 Lapis Buat Apa Di Premis Nombor Ekor?


DALAM menghadapi cabaran ekonomi yang menduga, ramai pihak mengambil jalan tersendiri bagi memperolehi pendapatan sampingan sebagai dana tambahan bagi perbelanjaan seharian.
Yelah, kenalah bijak menggunakan peluang yang ada bagi menggandakan simpanan, kan?
Ada yang berniaga tudung, ada yang menjual snek dan tak kurang juga berniaga barangan perhiasan mahupun kecantikan.Namun begitu, ada segelintir individu mengambil jalan singkat dengan menggunakan cara salah dan bercanggah dengan Islam untuk meraih wang segera.
Melalui media sosial, ramai pengguna berkongsi foto individu Melayu yang dipercayai beragama Islam tegar mengunjungi premis nombor ekor untuk membeli nombor.

Lebih mengejutkan, ada individu wanita Islam turut melakukan perbuatan serupa. Bukan itu sahaja, individu ini siap pakai tudung lagi!
Tidak menuduh semberono, namun menurut sumber, wanita tersebut dilihat ke kaunter untuk membeli ‘sesuatu’.
Walaupun secara kasarnya, foto yang dikirimkan tidak menunjukkan sebarang urusan perjudian dilakukan secara terang, namun tindakan wanita tersebut yang berada dalam premis nombor ekor dan berurusan di kaunter sememangnya menimbulkan syak wasangka.
Walau apapun, seandainya wanita tersebut benar-benar melakukan perbuatan berjudi, diharapkan dia segera bertaubat kerana ia sememangnya haram di sisi Islam.
Tak guna bertudung litup andai melakukan aktiviti membeli nombor ekor kak oi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top