Lindsay Lohan Gelar Peminat Keldai

 ‘Kamu keldai’. Nampaknya artis bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan telah memalukan dirinya sendiri apabila dia secara tidak sengaja telah tersalah memilih perkataan dalam bahasa Arab untuk menggambarkan bahawa peminatnya cantik.
Lohan mahu menulis `kamu cantik’ namun tertulis `kamu keldai’ dalam bahasa Arab yang dimuatnaik dalam instagramnya.
Namun selepas mendapati dia melakukan kesilapan, Lohan cepat-cepat memadamkan kata-kata tersebut, yang ditulis pada Isnin lalu.
Meskipun dia mempunyai kira-kira 3.5 juta peminat dan pengikut dalam instagramnya namun nyata dia menghina mereka yang memahami bahasa Arab.
Ini bukan kali pertama dia berdepan kontroversi melibatkan penggunaan bahasa Arab.
Januari lalu, dia memuatnaik perkataan Insya Allah dan Wallahi, bagi menggambarkan kesedihan atas kemangkatan Raja Abdullah yang juga pemerintah Arab Saudi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top