Bapa Zizan Sahkan Edora Kini Rapat Dengan Anaknya


Ab. Razak Husain, 57, yang merupakan bapa kepada pelawak popular Zizan Razak telah mengesahkan gadis yang bernama Edora Diyana itu mempunyai hubungan yang rapat dengan anaknya.
Rata-rata portal hiburan tanah air dan laman sosial baru-baru ini telah memaparkan wajah seorang gadis bertudung yang dikhabarkan bernama Nur Edora Diyana Hashim sebagai bakal isteri Zizan.
Menerusi laporan akhbar Kosmo!, bapa Zizan itu bagaimanapun menafikan yang anake lelakinyu itu telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan Edora secara senyap-senyap.
Jelas Razak lagi, Zizan telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di Kuala Terengganu.
Tambahnya, Zizan, 31, ada memberi bayangan bahawa Edora adalah calon pilihannya untuk dijadikan isteri.
Sepertimana ibu Zizan, bapanya itu turut `lampu hijau` kepada anaknya selepas melihat sendiri wajah dan pekerti Edora.
Rzak turut berkata dia menyokong sesiapa saja pilihan anak lelakinya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top