Sokong Sufie Rashid, Nana Karia Turut Kecam Pengurus Tegar!


Nampaknya isu pengurus Tegar yang dipercayai namanya Arif Dollah tetapi hanya dilabel sebagai A terus diperkatakan di kalangan kelompok penyanyi Singapura. 
Salah seorang daripada adalah Nana Karia yang sedikit hari dulu sudah pun muncul dengan single baru, Salahkah Aku. Dalam facebook peribadinya, Nana Karia menyatakan bahawa dia sesungguhnya benci dengan perangai manusia bertopengkan syaitan yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.
"Kau boleh pura-pura bersikap baik atau gunakan ayat agama atau nama Allah SWT. Tapi, kau lupa Allah maha Melihat dan Maha Mengetahui. 

"Selagi kau tak mengaku kesalahan kau secara terbuka, selagi itu kami yang tahu menahu tentang kau akan terus mempertahankan mangsa-mangsa kau. Kat dunia ni kau boleh lari dengan kata2 kau yg kononnya fakta, tapi kifarah akan menyambutmu jua satu hari nanti.Ingat," kata Nana Karia. 

Nana Karia juga turut menyatakan sokongannya terhadap mangsa pengurus Tegar yang sebelumnya iaitu Mohammad Sufie atau Sufie Rashid yang juga penyanyi dari Singapura. 

Sokongan tersebut dinyatakan menerusi hashtag #TeamSufie, malah Nana Karia turut menyelitkan posting-posting Sufie Rashid mengenai pengurus Tegar yang hanya dilabel sebagai A itu. 

Sufie Rashid dalam postingnya itu mendakwa dia mengenai siapa A yang dimaksudkan oleh pihak tertentu berhubung isunya menganiaya penyanyi cilik Indonesia, Tegar sepertimana yang dilaporkan AstroGempak sebelum ini. 
Secara beraninya juga, Sufie Rashid mendedahkan bahawa A yang dimaksudkan itu adalah Arif Dollah iaitu orang yang sama pernah menguruskan dirinya tetapi dalam waktu yang sama telah menggunakan dirinya serta telah menguasai kehidupan keluarganya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top