Zizan Razak, Emma Maembong Sah Sudah Putus Cinta


Nampaknya awal tahun baru 2015 ini, dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita putusnya hubungan cinta antara pasangan selebriti terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Emma Maembong sendiri telah mengesahkan perkara itu dan dia belum bersedia memberikan penjelasan lanjut mengenai apa yang menjadi punca perpisahan mereka.
Gosip mengenai keretakan hubungan Emma dan Zizan mula diperkatakan beberapa minggu lalu, namun kedua-duanya mereka menafikan perkara tersebut serta menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, sekali lagi isu tersebut diperkatakan apabila kedua-dua selebriti ini memberikan beberapa pembayang mengenai perpisahan mereka pada akaun media sosial masing-masing.
Dipercayai, perpisahan ini dikatakan berlaku atas permintaan Emma. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada jawapan dan alasan sebenar yang menjadi punca hubungan itu bernoktah.
Hubungan percintaan pasangan ini mula diperkatakan sejak 2013, namun mereka hanya memberikan pengesahan sekitar April tahun lalu.
Beberapa pihak media ketika ini cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Zizan mengenai perkara ini menemui jalan buntu apabila dia tidak membalas mesej dan menjawab sebarang panggilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top