HOME »
ArtisTanah Air
»
Wan Raja Selamatkan Yaya Maembong Daripada Tawanan Penjahat
Wan Raja Selamatkan Yaya Maembong Daripada Tawanan Penjahat
Posted by Gampang on Sunday, December 21, 2014 |
ArtisTanah Air
Kecoh seketika suasana apabila sekumpulan penjahat cuba untuk menawan pelakon Yaya Maembong yang ketika itu dalam perjalanan untuk bertemu dengan putera rajanya iaitu Wan Raja.
Namun, Wan Raja yang telah pun memperisterikan Yaya Maembong secara sah pada 12 Disember 2014 lalu telah bertindak dengan cukup tangkas untuk menyelamatkan suri hatinya.
Langkah kekuda kemudian dibuka dengan pantas dan gagah oleh Wan Raja bersama bunga-bunga pencak silat yang tangkas untuk menghapuskan musuh-musuhnya itu dengan secepat kilat.
Dengan baju songket kuning Diraja yang melekat cantik di badan sasanya, terserlah ketokohannya sebagai anak raja yang kacak dan tampan.
Sebaik saja musuh ditawan, Wan Raja segera mendapatkan Yaya Maembong yang ketika itu sedang diusung dengan tandu oleh pengawal-pengawal diRaja.
Sepertimana Wan Raja, Yaya Maembong juga mengenakan baju songket kuning diRaja yang sedondon dan kedua-dua mereka kemudian diarak masuk ke pelamin yang menjadi singahsana mereka berdua.
Itulah antara babak-babak menarik yang berlaku di dalam resepsi perkahwinan Wan Raja dan Yaya Maembong yang telah berlangsung di Dewan Putra, Bukit Jalil pada Ahad lalu.
Bertemakan bangsawan, Wan Raja dan Yaya Maembong telah berjaya membawa suasana bangsawan di dalam majlis resepsi mereka yang cukup meriah dengan kehadiran 1,000 orang tetamu.
Sebelum pasangan ini duduk di atas pelaminan yang menjadi singgahsana mereka, tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan beberapa tarian lagu Melayu Klasik.
Tiada sebarang acara merenjis tepung tawar dilakukan, sebaliknya pasangan ini hanya duduk di pelaminan dan memberi ruang kepada tetamu untuk mengambil foto mereka.
Sebaik saja sesi foto di atas pelaminan selesai, Wan Raja dan Yaya Maembong beredar untuk menukar baju sebelum Wan Raja menunjukkan aksi memakan tebu serta melakukan upacara memotong kek bersama Yaya.
Ketika ini tetamu yang diundang telah diminta untuk menjamu selera dan Zizan Razak bersama kumpulan Ekzos telah menghiburkan mereka aksi lawak jenaka yang selamba.
Namun, kejutan sebenar adalah apabila munculnya Saleem Iklam membawakan beberapa lagu popularnya termasuklah Bukan Aku Tak Cinta serta Suci Dalam Debu. Sangat nostalgia!
Arja Lee kemudian tampil membawakan lagu Cerita Pada Mereka serta Terukir Di Bintang yang pernah dipopularkan oleh Yuna. Turut membuat persembahan pada malam itu adalah Radhi OAG. Majlis resepsi Wan Raja dan Yaya Maembong yang bertemakan bangsawan ini turut dihadiri ramai rakan-rakan artis terutama dalam bidang penerbitan drama serta filem.
Apapun ramai yang menganggap majlis resepsi perkahwinan Wan Raja dengan Yaya Maembong ini sebuah majlis yang sangat unik dan tidak pernah diadakan oleh mana-mana selebriti tempatan sebelum ini.
Terdahulu Wan Raja telah Yaya Maembong selamat diijabkabulkan di Masjid Al Ridhuan pada 12 Disember lalu, kira-kira jam 5.30 petang.
Pasangan berkenaan telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Daerah Gombak, Kamarudin Omar.
Yaya Maembong menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak Rm12,120.40 dari pihak lelaki.
Selain itu Wan Raja turut menyerahkan 5 dulang hantaran, dibalas dengan 7 dulang hantaran oleh pihak pengantin perempuan.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: