Vanidah Imran Perjelas Dakwaan Larikan Buku Cek Seniman


Pelakon Vanidah Imran menafikan dakwaan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang dia telah melarikan buku cek persatuan tersebut sehingga memaksa mereka melaporkannya di Balai Polis Taman Melawati, semalam.
Vanidah Imran memberitahu BH Online dia masih belum menjalankan tanggungjawab sebagai bendahari persatuan tersebut, malah belum ada akses untuk keluarkan wang daripada cek tersebut.
“Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.
“Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.
“Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan,” katanya.
Seniman membuat laporan polis pada Jumaat selepas kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab terhadap bendahari persatuan iaitu aktres Vanidah Imran.
Zed Zaidi mendakwa kehilangan buku cek tersebut menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta membuat sumbangan kebajikan.
Ditanya mengenai tindakan Zed, aktres berkenaan kurang pasti apa motif beliau berbuat demikian.
“Kenapa perlu sampai ke tahap membuat laporan polis. Kita ada saluran dan boleh adakan mesyuarat ahli jawatankuasa khas dan bawa berbincang perkara ini,” jelasnya lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top