HOME »
ArtisTanah Air
»
Kenapa Dato' Siti Nurhaliza & Ziana Zain Pakai Tudung Serupa
Kenapa Dato' Siti Nurhaliza & Ziana Zain Pakai Tudung Serupa
Posted by Gampang on Wednesday, December 03, 2014 |
ArtisTanah Air
Adakah ianya secara kebetulan atau disengajakan, apabila dua bintang pop tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan Ziana Zain menyarungkan tudung yang sama daripada rekaan Rizman Ruzaini?
Sukar untuk Admin mendapatkan penjelasan daripada pereka fesyen duo berkenaan kerana mereka kini sedang asyik menikmati udara segar lagi nyaman di Turki bersama rombongan penyanyi Ziana Zain.
Lebih sukar juga kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, baik Siti mahu pun Ziana, kedua-dua diva berkenaan sering saja menyarungkan persalinan rekaan Rizman Ruzaini, sama ada dalam pertunjukan pentas mahupun acara kasual dan formal.
Ziana Zain buat pertama kalinya telah menyarungkan tudung bertakhtakan batu jemaki berkilau itu ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival di Hotel JW Marriot baru-baru ini dan dalam masa yang sama seorang model telah menggayakan tudung serupa di laluan runway acara berkenaan.
Dalam persalinan serba hitam, Ziana sekali menggayakan tudung serupa dan telah memberikan pose istimewa di dalam Instagram pereka fesyen kegemaran ramai itu. Tudung yang sama telah digayakan Siti ketika menjayakan Konsert The Magic of Asean beberapa hari lalu.
Malah jika dilihat potongan pakaian serba hitam yang digayakan Siti ketika konsert berkenaan, ianya seakan sama dengan potongan yang digayakan Ziana Zain, cuma terdapat perbezaan pada beberapa bahagian tertentu terutama pada bahagian kain.
Walau apapun, ini mungkin berita terbaik buat Rizman Ruzaini kerana mereka telah berjaya melahirkan satu lagi rekaan tudung yang ikonik atau dengan kata lain mudah diingati oleh sesiapa.
Tapi apa yang penting, antara Ziana Zain dan Dato Siti Nurhaliza, siapakah yang menyarungkannya lebih Stailista? Mari kita dapatkan pendapat daripada peminat mereka berdua.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: