Fazura Tiada Niat Burukkan Sara Ali


Menerusi siaran terbaru program realiti Facing Up To Fazura di saluran E! News Asia, Nur Fazura menceritakan mengenai persahabatannya dengan pelakon Sara Ali yang kini semakin renggang & ianya mendapat reaksi kurang senang sesetengah pihak.

Ada yang mendakwa Fazura sengaja membangkitkan perkara itu untuk memburukkan Sara Ali dan berpendapat konflik peribadi antara mereka tidak didedahkan kepada umum.

Jom Bace- Parang Hingap Di Muka

Bercakap kepada Harian Metro, Fazura berkata beliau perlu berlaku jujur dalam program tersebut untuk apa sahaja topik yang dikeluarkan dan mengakui hubungannya dengan Sara Ali ketika ini biasa biasa sahaja dan ada berhubung baru baru ini.
“Kalau diamati kenyataan saya dalam program berkenaan saya tiada niat langsung memburukkan Sara. Saya cuma bercakap mengenai persahabatan kami yang semakin renggang kebelakangan ini. Hal itu sering ditanya peminat yang hairan kenapa sudah lama tidak melihat kami berdua”
“Kami baik-baik saja. Kami juga mengakui merindui antara satu sama lain. Namun, tiba tarikh 17 November itu, tiada khabar berita daripada Sara hinggalah sekarang,” ujar Fazura mengulas akan janji mereka berdua untuk bertemu November lalu.
“Bahkan terdengar pula cerita baru saya kononnya banyak buat salah dengan dia walhal sebelum ini dia yang mengakui buat salah dengan saya,” tambahnya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top