Lisa Surihani Terkejut, Tidak Bersedia Dengan Ucapan


 Bagi pelakon terkenal Lisa Surihani, 28, kemenangan yang diraih ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke -26 (FFM26) Sabtu lalu sebagai Aktres Terbaik adalah sesuatu yang diluar jangkaan pelakon Istanbul, Aku Datang tersebut.
Setelah hampir dua tahun membintangi filem terbitan Red Films tersebut, Lisa merasakan kejayaannya pada malam tersebut juga harus ditujukan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem yang menjalani penggambaran di Istanbul itu, khususnya pengarah Bernard Chauly.
“Saya memang tidak menyangka langsung akan membawa pulang trofi sebagai Aktres Terbaik pada malam kemuncak FFM ke 26 Sabtu lalu. Ini merupakan kejutan buat saya namun saya bersyukur ke hadrat Illahi diatas pengiktirafan ini.
“Sebenarnya kehadiran saya pada malam tersebut dengan tujuan utama adalah kerana jemputan sebagai penyampai anugerah sebab itu saya tidak bersedia dengan sebarang ucapan. Mungkin rezeki berpihak kepada saya, Alhamdulillah.
“Kejayaan ini juga bukannya milik saya tanpa peluang yang diberikan oleh Red Films dan kepercayaan Bernard Chauly kepada saya dan ini juga saya tujukan kepada mereka yang terlibat menghasilkan filem Istanbul, Aku Datang,”ulas Lisa mengenai kejayaannya di FFM 26 baru-baru ini ketika dihubungi.
Selain daripada terkejut dengan anugerah Aktres Terbaik yang diterimanya pada malam kemuncak FFM 26 baru-baru ini, Lisa Surihani turut menyatakan rasa kagumnya terhadap aktres lain yang turut tercalon dalam kategori tersebut.
Walaupun sangat gembira dengan pengiktirafan tersebut tetapi Lisa tidak terlalu meraikannya kerana salah seorang daripada aktres yang tercalon telah meninggal dunia tidak lama dulu dan dia merasakan tidak wajar untuk dia berbuat demikian.
“Memang gembira bila mendapat tahu saya yang membawa pulang anugerah tersebut tetapi saya juga merasakan lebih baik saya menggunakan peluang ini untuk memberi penghargaan kepada calon yang lain terutamanya mendiang Kalpana yang telah pergi meninggalkan kita.
“Kepada calon yang lain juga saya sempat memberikan penghargaan kepada mereka ketika memberikan ucapan di atas pentas dimana saya mendapat respon ketika menyebut nama aktres yang turut sama tercalon dengan saya bagi kategori tersebut,”ceritanya lagi.
Malam kemuncak Festival Filem Malaysia yang ke 26 telah berlangsung dengan jayanya setelah beberapa kali ditangguh penganjurannya. Golongan karyawan seni berhimpun di Auditorium Tunku Puan Chik Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Negeri Sembilan pada Sabtu lepas bagi menjayakan majlis anugerah yang bertemakan Transformasi Sinema Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top