Diceraikan Dengan Talak Tiga, Siti Saerah Enggan Ulas


 Adik kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah Tarudin, 31, enggan mengulas mengenai perceraiannya dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu.
Menerusi laporan Utusan Online, Saerah buat masa ini lebih selesa untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai perkara tersebut.
“Saya minta maaf, bukan saya tidak mahu komen tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Online semalam.
Saerah yang berkahwin pada 27 Oktober 2010, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan Ahmad Aisy, 10 bulan, dikatakan telah diceraikan dengan talak tiga pada tarikh yang sama dia melangsungkan perkahwinannya 4 tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top