Aliff Aziz Ada Sebab Mengaku Mencuri Telefon Bimbit


Setelah lebih kurang empat bulan menyembunyikan diri di negara kelahirannya Singapura, akhirnya penyanyi Aliff Aziz kembali dan tampil bertemu dengan media Malaysia  untuk perjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Aliff Aziz menjelaskan sebab mengapa dia terpaksa mengaku mencuri telefon bimbit dan membayar saman SDG2000 (RM5000) baru-baru ini.
"Sebenarnya saya memang tidak pernah mencuri telefon bimbit itu seperti yang didakwa tetapi saya terpaksa mengaku dan membayar samannya.
"Ini kerana proses siasatan itu mengambil masa yang sangat lama dan saya tidak sanggup menunggu kerana kalau saya terus menunggu daripada 4 bulan mungkin ia memakan masa lebih setahun.
"Saya dinasihatkan oleh pihak guaman saya untuk berbuat demikian kerana undang-undang di Singapura berbeza. Mereka akan siasat siapa sahaja yang ketika itu berada di tempat kejadian.
"Silap saya adalah berada di salah tempat sahaja dan tidak secara langsung saya terbabit walapun saya tidak  pernah melakukannya.
"Saya tidak mahu buang masa dengan perkara sebegitu kerana banyak kerja yang yang saya perlu selesaikan di Malaysia. Jika kes itu tidak selesai saya tidak boleh ke mana-mana,
Aliff  ditemui ketika majlis pra-dengar album terbarunya yang akan dilancarkan pada tahun 2015 di pejabat Sony Music Malaysia, Publika.
Pelatun lagu Sayang Sayang itu memberithau dia kini telah mengambil pengajaran dan iktibar daripada  apa yang berlaku.
"Apa yang berlaku memang telah mematangkan saya. Selepas ini saya perlu berhati-hati dalam apa jua langkah yang saya lakukan dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama," luahnya lagi.
Aliff memperkenalkan 9 buah lagu terbarunya yang menampilkan komposer-komposer baru dan terkenal seperti Awi Rafael , Faizal Tahir, Kuncidemak dan ramai lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top