Zul Ariffin Perjelas Siapa Wanita Yang Dipeluknya Di Langkawi

Aktor, Zul Ariffin akui tidak mengenali wanita yang kelihatan mesra dan berpelukan dengannya di dalam sekeping foto yang tersebar baru-baru ini.
Zul Ariffin menjelaskan foto itu diambil ketika peminatnya sendiri yang datang kepadanya sewaktu dia menonton sebuah persembahan live band di Langkawi, Kedah awal bulan baru-baru ini ini.
"Pertama sekali saya nak betulkan foto itu bukan diambil di kelab malam kerana di Langkawi memang tiada pusat hiburan sebegitu.
"Foto itu diambil ketika saya mengunjungi ke sebuah tempat yang ada mengadakan live band di sana. Cuma saya akui ketika saya datang ke situ ramai peminat yang mengambil gambar bersama saya dan sejujurnya saya tak mengenali pun siapa wanita itu.
"Tapi ketika mula-mula foto itu tersebar orang pertama yang saya hubungi adalah keluarga saya dan Gayatri Su-Lin (kekasih) supaya mereka tidak bimbang dan jelaskan semuanya,
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% itu ditemui ketika sesi temubual bersama pengacara dan pengacara bersama untuk Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014).
Pun begitu, Zul akui kesilapannya adalah terlalu mesra ketika bergambar dengan wanita tersebut.
"Saya akui memang silap saya kerana terlalu mesra ketika bergambar dengan peminat ketika itu.
"Namun saya tiada niat lain selain hanya untuk menggembirakan peminat saya kerana saya tahu mereka terlalu teruja,"jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Zul kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia berjudul Istikharah Cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top