Norman Hakim Masih Ambil Berat Tentang Abby Abadi


 Inilah contoh seorang lelaki yang punya rasa tanggungjawab kepada wanita, insan yang lemah. Kalau Kaki Berita dapat kekasih macam Norman Hakim memang takkan cari lain lagi lah. Screenshot ini merupakan perbualan diantara Norman dan Abby Abadi yang dimuatnaik Abby di Instagram baru-baru ini.
Apa pun tujuan Abby, Kaki Berita tolak tepi. Tak mahu nak pertikaikan tindakannya itu tetapi kalau dilihat dari sudut positif, Norman Hakim memang layak menerima pujian dan sikapnya patut dicontohi lelaki yang mungkintidak ambil tahu atau berfikiran sempit di zaman sudah moden ini.
Biarpun masing-masing telah membawa haluan sendiri selepas bercerai dulu, sebagai bekas suami Norman juga boleh dilihat memainkan peranan sebagai rakan yang prihatin tentang masalah yang dilalui Abby Abadi.
Kaki Berita seronok melihat perkara positif sebegini walaupun ada sesetengah yang suka menyelar tanpa menimbang dulu sesuatu perkara dan terus menghukum perbuatan seseorang. Kepada Abby, Kaki Berita harap dia dapat menyelesaikan kemelut yang melanda perkahwinannya dengan bekas suaminya Farhan.
Sebab itu kalau nak berprasangka buruk pun biarlah berpada-pada, jangan orang yang lalui tidak melatah, kita yang hanya melihat pula melebih-lebih. Oops!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top