jangan salah faham foto lembu korban zizan razak


 Pelakon, pelawak dan pengacara #AF2014 Zizan Razak berasa kecewa apabila gambar lembu korban di laman Instagram miliknya telah disalah ertikan. Dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk mahupun rasa riak.
"Saya tak faham, gambar itu tidak memberi masalah kepada mereka yang beragama Islam. Bagi yang bukan Muslim, kita boleh tarbiah secara baik, kenapa kita lakukan ibadah korban, sekaligus menyampaikan info berkaitan Islam secara tidak sengaja,
Menurutnya lagi, banyak lagi gambar-gambar lain oleh individu tertentu memaparkan riak mereka seperti gambar rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Mengapa lembu korbannya perlu dijadikan isu?
"Ini merupakan kali pertama saya lakukan ibadah korban, walaupun saya sibuk dengan pelbagai kerja, saya tetap balik ke kampung dan agihkan daging korban saya kepada golongan yang memerlukan. Saya mohon hentikan spekulasi negatif mengenai gambar itu," katanya.
Zizan juga menambah yang dia tidak akan membuang gambar itu, sekiranya mufti mahupun ahli agama yang menegur barulah dia akan membuangnya.
Kepada peminat yang tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai gambar itu, dia tidak mahu mengulas panjang dan menanggap perkara itu tidaklah serius.
Minggu lalu, timbul isu di laman Instagram milik Zizan apabila fotonya bersama lembu yang telah disembelih mendapat perhatian pelbagai pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan Muslim.
Kerana salah faham, kebanyakan daripada mereka menganggap Zizan telah menzalimi haiwan ternakan itu dan menuduh pelawak tersebut tidak berperi kemanusiaan.
Bagaimanapun beberapa pengikut Zizan di laman sosial telah bertindak menerangkan perkara sebenar dan cuba menjernihkan keadaan.
Namun, ia menjadi perbalahan apabila mereka (rakyat asing) tidak menerima alasan dan penjelasan yang telah diberikan walaupun ia sudah dijelaskan dengan terperinci.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top