Izara dan Adib Raikan Birthday Sesama Sendiri


 Semiggu lalu Kaki Berita perasan, anak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu Adib Khalid telah meraikan ulang tahun kelahiran pelakon cantik Izara Aishah dalam suasana yang cukup meriah.
Perkara itu telah dibuktikan sendiri Adib Khalid di dalam laman Instagram miliknya. Di mana Adib telah mempamerkan foto mereka berdua bersama-sama.
Adib juga di dalam muat naik gambar berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang ke majlis surprise berkenaan yang dilangsungkan istimewa buat wanita itu.
Bagi sesetengah pihak mungkin beranggapan dengan adanya muat naik gambar berkenaan, itu membuktikan bahawa hubungan mesra yang terjalin antara Izara Aishah dan Adib Khalid bukanlah lagi rahsia.
Terbaru, menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram Dato’ Siti Nurhaliza malam semalam, terlihat sekali lagi wajah Izara Aishah dan kali ini merupakan giliran pelakon berkenaan pula meraikan ulang tahun hari lahir Adib Khalid.
Apa yang menarik, gambar hitam putih berkenaan dilihat cukup istimewa kerana Izara Aishah turut ditemani ahli keluarga Adib Khalid termasuk Dato’ Siti, Datuk K,adik beradiknya dan tidak ketinggalan ibu birthday boy berkenaan, Tengku Zawiyah.
Bagi Kaki Berita, kalau Izara Aishah sudah berada di dalam kelompok keluarga Adib Khalid, jadi ini bermaksud hubungan yang terjalin antaranya dan jejaka berkenaan bukanlah sembarangan.
Lagipun bagi firasat Kaki Berita, bukannya mudah seseorang itu untuk berada di dalam foto keluarga sesebuah keluarga, melainkan ada hubungan istimewa dan telah direstui oleh keluarga masing-masing.
Jadi baik Izara Aishah dan juga Adib Khalid terimaah hitam putih kehidupan ini, sebagaimana gambar hitam putih itu. Jangan nak main sorok-sorok lagi ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top