Eina Azman Kena Boikot Oleh Rumah Produksi Kerana Gelaran


Dah dapat pangkat kena pulau, selagi tak sah jadi isteri orang ramai pula yang kata dia mengejar lelaki yang kaya sahaja. Biasalah lumrah dunia, sabar la dik Eina, eh maafkan Kaki Berita ye Datin Paduka Eina Azman, tersasul pula mulut becok ini. Ooops.
Setiap apa sahaja perkara yang berubah pada diri kita pasti jadi tatapan orang, jadi centre attraction lebih kurang. Inilah nasib yang menimpa isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang dinikahinya pada 31 Ogos lalu tersebut.
Pastinya anak-anak datin mahupun mak datin pun sudah tentu rasa janggal nak dipanggil Eina Azman yang abru berusia 19 itu dengan panggilan sedemikian. Tetapi yang anehnya dakwa Eina bukan golongan itu yang dikatakan menyampah dan ‘boikot’ dia tetapi pihak produksi khabarnya bertindak begitu kepadanya.
Dia yang sebelum ini mengakui tidak kisah dipanggil dengan gelaran terbabit atau sekadar namanya saja menceritakan bahawa dia kini seperti dipulau oleh syarikat produksi. Kaki Berita faham maksud Eina tu tetapi apakah implikasi gelaran datin paduka itu keatas nama aktres muda penuh kontroversi itu?
Niatnya Eina untuk kembali aktif berlakon seakan terbantut apabila melihat peluang yang sebelum ini sering hadir bagaikan tertutup akibat gelaran itu.
"Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah,"antara kenyataan dan persoalan yang di ungkapkan aktres ini semalam.
Sebaliknya jika dia dilihat memilih untuk watak-watak yang ditawarkan adalah disebabkan dia menghormati suaminya dan harus menjaga hati jejaka yang merupakan usahawan berjaya di ibu negara.
Eina dan suami yang baru saja pulang dari berbulan madu di Kepulauan Maldives, berada di Sabah atas urusan kerja. Amboi berjalan sakan ye, pasti dia kini semakin bahagia dalam melayari rumah tangganya.
kaki Berita ucapkan selamat berbahagialah kepada pelakon drama bersiri Selamat Pengantin Madu ini dan lekas dapat cahaya mata, okay!
Kaki Berita: Artis yang seorang tu bercakap belang bukan main kencang, depan-depan habis pincang terbang hilang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top