Syarif Sleeq Bakal Nikah 22 November Ini


 Penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif akui bakal menamatkan zaman bujangnya dengan tunang, Malaque Mahdaly pada 22 November ini.
Syarif berkata setakat ini dia dan tunang sudah menyiapkan 80 peratus perisapan perkahwinan tanpa dibantu orang luar atau perancang perkahwinan.
“Alhamdulilah, walaupun saya agak sibuk dengan jadual lakonan dan nyanyian di Singapura dan Malaysia kami sempat menyiapkan beberapa persiapa bersama.
“Memang agak sibuk juga kerana banyak yang perlu diselesaikan sendiri kerana kami memang lakukan semua sendiri tanpa ada bantuan perancang perkahwinan atau sebagainya.
“Walaupun saya siapkan semua itu bersama tunang ketika punya komitmen penggambaran drama siri di Singapura tapi kami berjaya siapkan bersama,” katanya kepada murai.com.my
Syarif ditemui selepas pelancaran drama bersiri Hanya Satu yang akan ditayangkan di www.tontonmusic.com.my kemarin.
Syarif dan Malaque yang juga bekas peserta Singapore Idol musim ketiga itu telah mengikat pertunangan pada awal tahun 2012.
Mengulas mengenai majlis perkahwinannya itu, Syarif memberitahu dia akan adakan tiga majlis dalam satu hari di dewan yang sama yang terletak di Singapura.
“Kami akan bernikah pada pagi Sabtu itu kemudian akan adakan majlis bersanding pada tengahari dan diikuti dinner bersama rakan-rakan artis dan media.
“Saya berharap ianya akan berjalan dengan lancar kerana sekarang ini kami sedang mengatur acara yang akan berlangsung nanti supaya ianya tidak berterabur kelak,” jelasnya lagi.
Syarif bakal muncul dalam siri Hanya Satu sebagai peneraju utama bersama pelakon Kilafairy bermula 15 Spetember pada jam 12 tengahari. Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my. Ia turut diterajui oleh Raja Farah, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top