Alif Satar & Sha Dila Dirai Dalam Majlis Resepsi Yang Santai

 Setelah selemat diijabkabulkan pada 15 September lalu, pasangan Alif Satar, 24,  dan Sha Dila, 30, diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang penuh meriah dan santai malam semalam.
Bertempat di Marina Putrajaya, majlis menyambut tetamu yang diadakan oleh keluarga pihak lelaki itu bermula seawal jam 8 malam iaitu selepas kedua mempelai tiba dengan pakaian serba putih.
Tanpa punya acara berarak yang formal seperti majlis resepsi biasa untuk masuk ke dewan, Alif dan Sha terus berjalan menuju masuk dan menuju ke meja-meja tetamu.

Pasangan sempat menyapa tetamu utama mereka iaitu rakan artis Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali, Tomok, Erin Malik, Shahrol Shiro dan ramai lagi.
Tanpa terlebih dahulu naik ke atas pelamin untuk bersanding, pasangan mempelai terus duduk di meja makan beradab bersama keluarga pihak lelaki untuk acara tayangan visual majlis nikah mereka seterusnya beberapa visual yang istimewa yang disediakan oleh keluarga dan rakan terdekat Alif.

Ketika visual itu ditayangkan Alif dan pasangan turut mengalirkan air mata selepas sebak dengan apa yang keluarga dan rakannya persembahkan khas buatnya pada hari bahagianya.
Istimewanya Alif turut menyampaikan sebuah lagu kegemaran isterinya iaitu Kaulah Segalanya pada majlis tersebut sebagai kejutan buat isteri tersayang. Sha terus mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kejutan itu.

Majlis tamat kira-kira jam 11 malam selepas tetamu menjamu selera dan turut mengambil kesempatan merakamkan momen bahagia itu bersama mempelai.
Pasangan terlebih dahulu telah diraikan pada waktu siang dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan oleh pihak perempuan di tempat yang sama.
Alif Satar dan Sha Dila telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top