HOME »
ArtisTanah Air
»
Aisyah Aziz: Saya Tak Akan Aibkan Abang (Aliff Aziz) Saya
Aisyah Aziz: Saya Tak Akan Aibkan Abang (Aliff Aziz) Saya
Posted by Gampang on Thursday, September 11, 2014 |
ArtisTanah Air
Bintang Akademi Fantasia 2013, Aisyah Aziz akui abangnya, Aliff Aziz tidak ‘hilang’ seperti yang pernah didakwa baru-baru ini tetapi sedang berehat dan menenangkan diri bersama keluarga di Singapura.
Namun, Aisyah berkata dia tidak akan memberi sebarang kenyataan mengenai apa yang berlaku kepada abangnya demi menjaga nama baik keluarganya.
“Abang sihat sahaja di rumah. Saya boleh kata dia sedang berada dalam keadaan yang tough dan dia masih perlukan privacy dan ruang untuk dirinya sendiri.
“Saya tidak akan beritahu apa sebenarnya yang berlaku kepada dirinya kerana sebagai adik saya tak akan aibkan abang saya sendiri. Cuma saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2014 di Hard Rock Café, semalam.
Aliff mencetuskan persoalan baru-baru ini apabila dia dikhabarkan menghilangkan diri di lokasi yang tidak diketahui sehingga menjejaskan jadual seninya. Khabarnya juga dia telah menghilangkan diri sejak lebih sebulan yang lalu dan telah menyebabkan pelbagai urusan sesi fotografi dan juga persembahan nyanyian tergendala.
Sikap Aliff juga dilihat pelik kerana didapati memadam semua status dan gambar-gambar yang pernah diumuat naik menerusi akaun Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang menghadapi masalah tertentu.
Pun begitu, Aisyah memberitahu sebagai abang Aliff sering menasihatinya supaya menjaga tingkah laku ketika berada dalam industri dan jauh dari sebarang kontroversi.
“Dia memang selalu nasihatkan saya supaya jaga tingkah laku dan dia sendiri tidak bernarkan saya mendekati mana-mana lelaki di dalam industri sehingga boleh menimbulkan kontroversi.
“Dia memang sangat prihatin terhadap adiknya, lebih-lebih lagi dia kata saya seorang perempuan. Saya terima segala nasihat dia,” luahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aisyah bakal membuat persembahan solo di APM 2014 pada 17 Oktober ini. Aisyah juga tercalon dalam 4 kategori dalam anugerah tersebut iaitu Artis Baru Terbaik, Kolaborasi Terbaik (Lagu), Artis Paling Popular (Singapura) dan Lagu Paling Popular APM.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: