Kapsyen Keterlaluan Di Instagram, Suami Daphne Iking Ditegur


 Gara-gara sekeping fotoyang disertai dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan, suami kepada pengacara terkenal Daphne Iking telah ditegur pengikut di laman Instagram.
Azmi atau lebih dikenali sebagai Joe, beberapa hari lalu telah memuat naik sekeping fotonya bersama Daphne dengan kapsyen ‘@daphneiking lah model aku, bini aku, mak kepada anak2 aku, tempat aku mengadu dan tempat untuk anu’ di akaunInstagram miliknya, @joelebosi.
 
Foto tersebut bagaimanapun telah mengundang kontroversi apabila ada pengikut yang menegur dan menganggap Joe tidak menghormati isterinya, Daphne.
Joe bagaimanapun menyelar kembali pengikut tersebut dengan kata-kata yang agak kasar, mungkin kerana berang dengan pertanyaan yang diajukan.
Bagaimanapun, ada juga pengikut memberitahu Joe sememangnya seorang yang ‘gila-gila’ dan sering memuat naik foto dengan kapsyen yang lucu.
Bagi kami pula, mungkin ‘anu’ yang disebut Joe tidak membawa maksud negatif tetapi telah disalah tafsir oleh segelintir peminat.
Contohnya seperti di Sabah, perkataan ‘anu’ tidak membawa maksud apa-apa atau merujuk kepada sesuatu yang lucah sebaliknya ia cuma bahasa pasar yang digunakan dalam dialek harian mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top