Ayda Jebat Tenang Dipaksa Kahwin Dengan Zul Ariffin


Pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat akui telah menerima impak yang sangat hebat daripada peminat sejak drama yang diadaptasikan dari novel itu ditayangkan.
Paling hebat apabila Ayda memberitahu dia menerima kiriman emel daripada seorang peminat yang mahu dia dan hero drama tersebut iaitu Zul Ariffin berkahwin selewat-lewatnya selepas Raya ini.
"Peminat setakat ini suka akan gandingan kami walaupun ada juga yang membenci dek kerana watak saya yang sombong dan sangat degil.
"Saya menerima banyak respon daripada peminat terutama di laman sosial seperti Instagram yang kebanyakannya positif sahaja.
"Memang ramai yang mahu melihat kami berdua benar-benar bercinta walaupun di luar drama tapi paling hebat sampai ada yang personal emel saya sendiri berutahu mahu melihat kami bahagia dan berkahwin.
"Biasanya kami anggap ianya sebagai joke sahaja dan tak ambil pusing kerana itu yang perlu kami terima bila peminat benar-benar menghayati lakonan kami," katanya kepadamurai.com.my.
Ayda temui hadir bersama Zul dalam sebuah majlis rumah terbuka majalah Media Hiburan yang diadakan di Restoran N'dahShah Alam semalam.
Rindu Awak 200% itu masih ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis sehingga 28 episod.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top