Anggota Polis Trafik Di Rempuh Mat Rempit Sehingga Terpelanting


Anggota Polis Trafik Di Rempuh Mat Rempit Sehingga Terpelanting|SEORANG anggota polis trafik terpelanting setelah dirempuh seorang mat rempit dalam satu sekatan jalan raya di jalan Batu 10, Kajang, kira-kira 11.45 pagi semalam.
Mangsa, Mohd Johari, 29, cedera di belakang kepala dan luka di badan akibat rempuhan kuat suspek yang cuba melarikan diri setelah ditahan.
Memetik laporan Metro Harian, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, rempuhan itu menyebabkan suspek turut terjatuh dan cedera.
Menurutnya, anggota trafik terbabit tidak sempat mengelak berikutan suspek menunggang laju.
“Mangsa yang tertiarap di jalan raya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.
Susulan kejadian itu polis menahan penunggang motosikal berusia 25 tahun untuk siasatan lanjut.
Willey berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod bersabit kesalahan cubaan samun.
Cadangan kami, PDRM boleh gunakan pistol lelabah yang dipraktikkan oleh pihak polis di Vietnam ini.
Teknologi penggunaan jaring adalah mekanisma utama memberhentikan daya yang dikeluarkan oleh rantai motor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top