Pesawat AirAsia hilang



Kuala Lumpur: Pihak AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat Airbusnya dengan pendaftaran QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura hilang dari pantauan radar pada 7.24 pagi (waktu Malaysia).
Menerusi laman Twitter AirAsia yang turut dikongsi dalam laman Facebook syarikat itu, pihaknya sedang meneliti maklumat berkenaan status penumpang dan juga anak kapal pesawat itu.
Pesawat Airbus A320-200 itu dipercayai membawa 155 orang penumpang dan anak kapal dan kini operasi mencari dan menyelamat sedang dipergiatkan.
AirAsia sudah menubuhkan Pusat Talian Kecemasan kepada keluarga dan waris penumpang dan mereka boleh menghubungi talian itu di +622129850801.
Difahamkan, seorang rakyat Malaysia berada di dalam pesawat tersebut.
AirAsia juga akan memberikan perkembangan dari masa ke semasa dan segala maklumat boleh didapati dalam laman web AirAsia di www.airasia.com.
- See more at: www.kakiberita.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top