HOME »
ArtisTanah Air
»
Nazim Othman Kini Bercinta Dengan Pramugari
Nazim Othman Kini Bercinta Dengan Pramugari
Posted by Gampang on Thursday, September 03, 2015 |
ArtisTanah Air
Nazim Othman Kini Bercinta Dengan Pramugari -Dulu heboh cerita mengatakan Nazim Othman sudah bertukar profesyen daripada pelakon kepada seorang juruterbang atau pilot untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan. Kini dengar timbul pula cerita berkenaan hubungannya dengan seorang gadis kacukan Melayu-Cina yang wajahnya mirip pelakon Hanis Zalikha yang kini sudah berhijab.
Lebih best lagi apabila wanita berkenaan dikatakan bertugas sebagai pramugari iaitu tempat di mana kononnya kedya-dua mereka sedang berkhidmat ketika ini.
Banyak pula khabar angin yang datang berkenaan hubungan cinta mereka berdua itu, terutama daripada peminat wanita yang selama ini mendambakan kasih sayang pelakon kacak berkenan.
Ramai juga nampaknya yang gigit jari apabila mendengar Nazim Othman kini sudah memiliki kekasih baru selepas kisah cintanya bersama seorang pelakon cantik Bella Dally tidak lama dulu tidak kesampaian.
Ada yang mengatakan Nazim Othman dan pramugari berkenaan sudah lama berkenalan iaitu sejak dia berkhidmat sebagai pramugara untuk satu lagi syarikat penerbangan sebelum ini.
Malah ada juga desas-desus mengatakan, wanita kacukan itu sudahpun memiliki kekasih tetapi hatinya berputik kembali kepada Nazim Othman.
Sukar untuk mengesahkan kesahihan khabar angin ini kerana semuanya masih samar-samar-samar.
Tetapi gambar yang dipaparkan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu menceritakan hal sebenar hubungan Nazim Othman dengan gadis misteri itu.
Malah khabarnya, Nazim Othman akan tampil dengan sidang akhbar bagi menceritakan hal sebenar tentang statusnya itu.
Dia juga dikhabarkan akan menjelaskan tentang kerjayanya terkini dalam bidang penerbangan serta pembabitannya secara langsung atau tidak dalam bidang lakonan.
Sama-samalah kita nantikan kesahihannya.


No comments: